12 Petua Mudah Hamil Untuk Wanita
Bismillahirrahmanirrahim...
Saban
hari menerima berita kehamilan dan kelahiran dari teman-teman dekat,
kadang- kadang merimaskan juga. Pengalaman ber'TTC' banyak mengajar erti
sabar, redha dan syukur. Walau apa pun, teruskan berusaha dan
berikhtiar dengan apa cara sekalipun (yang penting halal dan mengikut
syariat).
Mari kita telusuri 12 tip atau petua mudah hamil untuk wanita.
1. Rekod kitaran haid
Wajib
bagi seorang wanita yang ingin hamil untuk memantau kitaran haidnya.
Sama ada kitaran haidnya tetap, tidak tentu, tidak teratur dan
sebagainya. Ini bagi memudahkan rawatan dan juga menentukan hari subur.
![]() |
Contoh |
Kitaran
haid yang tidak teratur boleh juga dikaitkan dengan penyakit tertentu
seperti PCOS dan sebagainya. Sebab itu, sangat penting untuk merekod.
Guna buku 555 pun boleh. Yang penting ada rekod.
Kita
juga tahu kan? Telur seorang wanita subur hanya 12 hingga 24 jam
selepas dibebaskan. Berbeza dengan sperma yang boleh hidup lebih lama
sehingga 72 jam selepas dibebaskan.
2. Memantau ovulasi
Wanita
dengan kitaran haid yang teratur, secara umum, ovulasinya berlaku dua
minggu sebelum kedatangan haid mereka. Lebih sukar untuk meramalkan
ovulasi di kalangan wanita yang mempunyai kitaran yang tidak teratur,
tetapi ia biasanya berlaku 12 hingga 16 hari sebelum bermulanya tempoh
haid yang akan datang.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan wanita untuk membantu menentukan hari yang paling subur mereka setiap bulan.
A. Ovulation Test (paling mudah guna Clear Blue Ovulation Test).
Boleh
didapati di mana-mana farmasi berdekatan. Selepas keputusan ujian yang
positif adalah masa yang terbaik untuk pasangan bersama. Ini akan
meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. (terdapat pelbagai jenis
ovulation test yang dijual sebenarnya, malah ada yang lebih murah,
pilihlah yang terbaik sesuai dengan bajet anda, yang penting ianya
berfungsi dengan baik).
B. Basal Body Temperature
Basal
Body Temperature adalah di mana seorang wanita mengambil suhunya
sebaik sahaja bangun dari tidur setiap hari. Tetapkan jam berapa untuk
mengambil suhu supaya lebih tepat. Disarankan juga untuk meletakkan
termometer di sebelah katil untuk meminimakan pergerakan. Catat dan buat
graf untuk sekurang-kurangnya tiga kitaran haid. Sebaik-baiknya
menggunakan termometer basal. (UM cari di Amazon.com sahaja). Mungkin
boleh didapati di farmasi juga.
Contoh yang dijual di Amazon.com |
After a woman ovulates, her basal body temperature typically increases less than half a degree Fahrenheit (0.3 degrees Celsius). A woman is most fertile during the two to three days before this slight rise in body temperature, reports the Mayo Clinic.
Cara - cara menggunakan teknik ini untuk mengira waktu subur ialah :
- Mulakan mengambil suhu pada hari pertama haid anda ( seeloknya semasa period sudah 'flow', bukan 'spotting' ).
- Ambil suhu setiap hari sejurus selepas bangun tidur sebelum melakukan apa-apa aktiviti.
- Catat dan isi di dalam carta kita untuk melihat graf turun naik suhu kita. Contohnya seperti ini.
Untuk lebih mudah, gunakan sahaja online chart : (ini yang UM biasa guna).
Cara membaca graf BBT secara ringkas :
Suhu
badan normal adalah 37 darjah Celcius ( 36.5-37.5 darjah Celcius) iaitu
bersamaan (97.7 - 99.5 Fahrenheit). Carta di atas menggunakan
Fahrenheit. (kita tak mahu cerita tentang ini ya! Hihi).
Sebelum
ovulasi, suhu badan dalam keadaan normal, 36.3-36.6 darjah Celcius.
Selepas ovulasi berlaku, kenaikan suhu badan adalah antara 0.25 - 0.3
darjah Celcius. Sekiranya kenaikan suhu berkekalan selama tiga hari
berturut-turut, ovulasi boleh dianggap sudah berlaku. Setiap orang
mempunyai graf yang berbeza bergantung kepada kitaran haid samada
teratur atau tidak. Ianya sangat unik sebenarnya.
Jika
tidak hamil, suhu badan akan kekal tinggi lebih kurang 10-16 hari
sehingga corpus luteum merosot. Pada masa ini hormon progesteron turun
mendadak dan suhu badan juga akan menurun menandakan kitar haid yang
baru bermula.
Sekiranya
hamil, suhu akan kekal tinggi selama 18 hari atau lebih (jika kitaran
haid anda adalah 28 hari ). Kemungkinan hamil adalah sangat tinggi.
Sebaik-baiknya kaedah BBT ini dilakukan selama 3 bulan berturut-turut untuk mendapatkan
" fertility window " yang tepat.
(kaedah
mengira waktu subur cara ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kitaran
haid yang teratur dan kurang sesuai untuk mereka yang kitaran haidnya
kurang atau tidak teratur)
C . Mukus Serviks
A study published in the journal Fertility and Sterility found that women who checked their cervical mucus consistently were 2.3 times more likely to get pregnant over a six-month period.
Secara mudahnya, mukus yang menunjukkan waktu subur wanita adalah yang berbentuk seperti putih telur.
Seringkali
ianya menimbulkan rasa 'confuse' di kalangan wanita. Boleh rujuk gambar
di bawah untuk menentukan mukus yang keluar ketika waktu subur.
3 . Melakukan hubungan suami isteri semasa dalam 'fertility window'.
"Tetingkap
subur" atau 'fertility window' adalah hari-hari pada setiap bulan
apabila seorang wanita berada dalam tempoh paling subur.
Satu
kajian mendapati bahawa hubungan yang paling mungkin menyebabkan
kehamilan adalah apabila ia berlaku dua hari sebelum ovulasi.
4. Berusaha untuk mencapai berat badan yang ideal
Terlalu gemuk atau terlalu kurus boleh mengurangkan kemungkinan seorang wanita untuk hamil.
Kajian
telah menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (
BMI lebih dari 35) boleh mengambil masa dua kali lebih lama untuk hamil
berbanding wanita yang mempunyai BMI normal. Seorang wanita yang kurang
berat badan (BMI kurang daripada 19) mungkin mengambil masa empat kali
lebih lama untuk hamil.
5. Ambil vitamin prenatal
(Klik di sini untuk tahu lebih lanjut ).
6. Makan makanan yang sihat
Pilihlah
makanan yang sihat dalam diet harian anda. Banyakkan memakan sayuran,
buah-buahan dan protein. Cuba elakkan makanan ringan dan makanan
terproses terutamanya seperti sosej, bebola ikan dan sebagainya
melainkan anda memasaknya sendiri di rumah. Kurangkan penggunaan serbuk
perisa di dalam makanan. Begitu juga gula putih dan garam yang
berlebihan dalam masakan.
7. Kurangkan latihan berat atau terlalu aktif
Terlalu banyak senaman atau melakukan senaman berat yang kerap boleh mengganggu ovulasi.
Teruskan melakukan senaman yang biasa secara konsisten dan kurangkan aktiviti yang menyebabkan anda terlalu aktif dan kurang rehat.
Teruskan melakukan senaman yang biasa secara konsisten dan kurangkan aktiviti yang menyebabkan anda terlalu aktif dan kurang rehat.
8. Tidak merokok dan jauhi asap rokok
Merokok
boleh menyebabkan masalah kesuburan pada wanita dan lelaki.Adalah lebih
baik bagi wanita untuk menjauhkan diri dari asap rokok, yang boleh
menjejaskan peluang mereka untuk hamil.
9. Tidak mengambil alkohol
Elakkan
pengambilan alkohol apabila seorang wanita bercadang untuk hamil. Bukan
sahaja minuman beralkohol yang perlu dielakkan, namun minuman bergas
juga boleh menjejaskan kesihatan untuk mereka yang berusaha untuk hamil.
10. Cipta rumah dan tempat kerja yang 'mesra kesuburan'
Terlalu
kerap terdedah dengan racun serangga perosak, pencemaran, atau pelarut
kimia yang digunakan di rumah atau tempat kerja boleh menjejaskan
kesuburan wanita.
Cipta
suasana tenang dan kurang tekanan di tempat kerja mahupun di rumah
untuk meningkatkan kualiti hidup. Secara tidak langsung, minda yang
tenang dan tidak stres akan memicu kepada tubuh badan yang sihat.
11. Tahu bila waktu yang terbaik untuk mendapatkan bantuan
12. Doa yang bersungguh-sungguh
Antara doa yang boleh diamalkan adalah seperti :
Amalkan doa ini di setiap kali sujud terakhir Solat Sunat Dhuha dan Tahajud. Baca sebanyak 41 kali secara konsisten.
InsyaAllah, segalanya mungkin bila Allah berkehendak.
Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.
InsyaAllah, segalanya mungkin bila Allah berkehendak.
Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.
FUTURF-XC's 2017 ford fusion hybrid titanium
ReplyDeleteFUTURF-XC's 2017-ford fusion hybrid titanium used ford fusion titanium has an innovative, 3D-free titanium teeth structure that can titanium screws be where is titanium found easily integrated into the design of an FUTURF-XC titanium cost
v706n5dqxpc124 dildo,dildo,sex chair,pink dildoe,horse dildo,realistic dildo,male sex toys,Clitoral Vibrators,japanese sex dolls d567x0tdytv658
ReplyDeleted012w1jtuog527 Wand Massagers,dual stimulator,g-spot dildos,cheap sex dolls,horse dildo,sex doll,male masturbator,vibrators,dual stimulator w293l2sqghb160
ReplyDelete