GLA Complex Bantu Stabilkan Hormon Untuk Kesuburan

Suatu ketika dahulu, saya adalah penggemar EPO (evening primerose oil) yang biasa dijual di farmasi-farmasi. Namun, setelah diperkenalkan dengan GLA Complex, terus melekat, dah tak tukar-tukar dah. Serasi dengan GLA Complex.

Apakah beza GLA Complex dengan EPO tadi? Seringkali ianya mengundang salah faham.

Baiklah.

GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acid (Asid linolenik gamma) yang juga sinonim dengan Omega 6.

EPO pula adalah Evening Primrose Oil yang di dalamnya juga ada mengandungi GLA..

Pentingkah Asid linolenik gamma ini untuk tubuh manusia ?

Asid linolenik gamma adalah asid lemak polyunsaturated (tidak tepu) , dan merupakan komponen penting dalam membran sel.

Asid linolenik gamma juga penting dalam fungsi imun yang normal, sebagai pemangkin prostaglandin yang memainkan peranan yang baik dalam tindak balas keradangan.

Sumber-sumber yang paling banyak asid linolenik gamma termasuk minyak evening primrose, minyak biji borage, dan minyak biji anggur.

Sesetengah asid linolenik gamma boleh dihasilkan dalam badan, terutamanya daripada asid linoleik yang terdapat dalam beberapa minyak tumbuhan. Namun, ianya dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk kekurangan vitamin dan mineral, merokok, pengambilan alkohol, makanan yang tinggi lemak tepu, dan beberapa jenis ubat. Kebanyakan dari kita mengalami kekurangan asid linolenik ini kerana faktor pola pemakanan harian yang buruk.

Borage


Asid linolenik gamma biasanya dihasilkan daripada minyak evening primrose, tetapi minyak borage kemudiannya telah terbukti mengandungi 2 hingga 3 kali tahap asid linolenik gamma.

Apakah kepentingan GLA ini terhadap sistem badan kita?

Asid linolenik gamma adalah asid lemak perlu yang ditukarkan di dalam badan kepada hormon seperti sebatian yang dipanggil prostaglandin yang mengawal banyak fungsi badan (contohnya fungsi T-limfosit),di dalam sel darah putih untuk sistem pertahanan badan.

Apakah bukti yang ada untuk keberkesanan GLA?

Rheumatoid arthritis: Beberapa kajian klinikal, termasuk beberapa ujian klinikal dan salah satu analisis-meta telah menunjukkan manfaat daripada suplemen dengan GLA untuk pesakit artritis reumatoid. (Leventhal L, Boyce EG Zurier RB (1993) Treatment of rheumatoid arthritis with gamma linolenic acid. Ann Intern Med; 119(9):867-873.)

Gangguan Haid: Pelbagai kajian klinikal telah menunjukkan tahap asid lemak perlu yang tidak normal dikaitkan dengan gangguan haid, dan juga manfaat suplemen yang mengandungi GLA terhadap pra-menstrual syndrome (PMS) dan kesakitan payudara (mastodynia).(Horrobin DF (1983) the role of essential fatty acids and prostaglandins in the premenstrual syndrome. J Reproduct Med; 28(7): 465-468).

Mata Kering: Ujian klinikal telah menunjukkan GLA membantu gejala ketidakselesaan dan keradangan pada pesakit dengan sindrom mata kering.(Barabino S, Rolando M, Camicone P et al (2003) Systemic linoleic and gamma linolenic acid therapy in dry eye syndrome with an inflammatory component. Cornea; 22(2): 97-101)




Apakah kebaikan GLA Complex Shaklee ?

  • Diekstrak dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
  • Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA
  • Digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E (15 IU) untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  • Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard (antioksidan semula jadi yang dipatenkan) Kemampuan penyerapannya ke dalam sel dan tisu adalah tinggi.

Apakah manfaat utama GLA Complex Shaklee ?
  • Herba tradisi yang dipercayai - Membantu merawat ulser, serangan virus, membersihkan kahak,meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen (hormon wanita) dan testosteron (hormon lelaki) -GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopous
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki
  • Membantu menentang kanser- GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor.
  • Memperbaiki inflamasi kulit -Inflamasi seperti ekzema, alergi, juga bengkak yang terjadi akibat reumatisma dan artritis
  • Menghalang komplikasi diabetes- Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan di usia tua.
  • Meringankan kebas kaki yang disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah.
  • Membantu pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Meperbaiki rambut kering dan gugur.

Siapakah yang patut mengamalkan GLA Complex ?
  • Remaja/ wanita yang tidak teratur haidnya
  • Remaja / wanita yang sering mengalami senggugut
  • Wanita/lelaki berkahwin yang mempunyai masalah kesuburan
  • Wanita yang sudah menopouse atau pra-menopouse
  • Wanita/ lelaki yang ingin menstabilkan hormon
  • Wanita / lelaki yang ingin kulitnya cantik
  • Pesakit diabetes

Shaklee GLA Complex

Banyak manfaat GLA terhadap sistem badan manusia dan kekurangannya boleh mneyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya bagi mereka yang ingin mendapatkan zuriat. Ianya menjadi kewajipan kerana hormon lelaki dan wanita mesti stabil untuk sistem pembiakan berfungsi dengan baik. Pengambilan GLA Complex selama 3 bulan berturut-turut akan memberi kesan yang sangat baik kepada kesihatan organ reproduktif lelaki dan wanita.

Kapsul GLA Complex



Namun, perlu diingatkan, ada cara makan dan dos tertentu mengikut keadaan serta masalah seseorang itu. Jadi, ianya sangat perlu kepada konsultasi daripada pakar.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan GLA Complex boleh hubungi kami di : 013-4396973

Setiap pembelian daripada kami akan disertakan :
  • Cara makan
  • Panduan dos
  • Panduan diet kesuburan 
  • Konsultasi percuma sepanjang pengambilan vitamin untuk kesuburan.
  • Perkongsian doa dan amalan untuk mendapatkan zuriat.
Semoga bermanfaat.

0 comments: