Info Penting

Showing posts with label Wanita. Show all posts

Jangan Ambil Mudah Jangkitan Kuman Pada Alat Kelamin

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini kita bercerita tentang masalah tiub fallopio yang menyebabkan kesukaran mendapat zuriat kepada pasangan berkahwin.

Seringkali masalah tiub fallopio ini dikaitkan dengan penyumbatan yang berlaku sepanjang salurnya yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Kenapa ianya menjadi masalah jika tersumbat atau rosak?

Secara tidak langsung akan menghalang persenyawaan antara sperma dan ovum. Ia juga boleh menghalang ovum yang sudah disenyawakan (zigot) daripada memasuki uterus.

Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan tiub fallopio ini bermasalah atau tersumbat?

1. Pelvic Inflammatory Disease (PID)

Radang pelvis atau PID ini dikaitkan dengan masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). Jangkitan kuman seperti chlamydia dan gonorrhea yang menyebabkan keputihan yang teruk seringkali menjadi penyebab utama.

Ianya seringkali berlaku kepada wanita yang berbadan besar, pesakit kencing manis atau wanita yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah.Keadaan ini boleh menyebabkan tiub fallopio membengkak dan seterusnya berlaku penyumbatan.

Jika ianya tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kerosakan salur peranakan ini di samping risiko mendapat kandungan di luar rahim yang tinggi.

2. Sejarah kehamilan luar rahim

Telur yang tersenyawa membesar di dalam tiub fallopio, bukannya di dalam uterus. Dalam hal ini, ianya juga boleh menjadi punca kerosakan tiub fallopio.

3. Sejarah pembedahan di bahagian abdomen atau pelvis

Parut mungkin berlaku dan menyebabkan kerosakan tiub selepas pembedahan lain seperti pembedahan membuang apendiks atau sista di ovari.

4. Endometriosis (disebabkan pengumpulan darah dalam ruang pelvis) yang boleh menyebabkan keradangan yang teruk.


Bagaimanakah untuk menentukan tiub fallopio tersumbat atau tidak ?

Ujian HSG (Hysterosalpingogram ) akan dibuat untuk memastikan tiub fallopio tidak bermasalah.

Dalam prosedur ini, sejenis cecair pewarna (dye) akan disuntik ke dalam rahim. Jika tiub fallopio dalam kedaan normal, cecair ini akan melalui kedua-dua tiub fallopio dan seterusnya akan kelihatan berada di luar rahim. Ini menunjukkan salur tersebut tidak tersumbat.

Melalui ujian ini juga, kita dapat mengetahui pada bahagian mana tiub fallopio itu tersumbat.

Seperti yang kita maklum, ramai wanita yang mengalami masalah keputihan.Ada yang jarang-jarang berlaku, ada juga yang sudah di peringkat kronik. Namun, masih ramai lagi yang mendiamkan diri dan tidak berusaha mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Nasihat saya, kunjungilah doktor anda sesegera mungkin untuk mendapatkan rawatan.

Juga kepada wanita yang acapkali mengalami masalah jangkitan pada salur kencing (Urinary Tract Infection-UTI), yang juga boleh menyebabkan masalah Pelvic Inflammatory Disease jika tidak dirawat dengan baik, pastikan anda menjaga kebersihan alat sulit dan mengambil makanan yang tinggi vitamin dan antioksidan untuk memastikan daya tahan tubuh kita kuat untuk melawan penyakit.

Pada peringkat awal, masalah tiub fallopio tersumbat akibat jangkitan kuman dan keradangan ini masih boleh dirawat, namun jika ianya sudah kronik dan melebihi satu tahun, doktor akan menyarankan untuk melakukan pembedahan untuk membuka sumbatan tersebut. (Dr Zubaidi-drzubaidi.com)

Selain daripada itu, faktor pemakanan juga penting untuk memastikan daya tahan tubuh kita untuk melawan jangkitan kuman berada di tahap yang tinggi.

Antara makanan yang boleh diamalkan untuk tujuan ini adalah :



Sebagai wanita yang mementingkan kesihatan, kita juga amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan untuk kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan sebarang jangkitan. Suatu ketika dahulu, saya sering diserang masalah UTI, kadang-kadang hingga menyebabkan demam dan kadang-kadang mengalami keputihan dalam jangka masa yang lama.

Alhamdulillah, dengan mengubah pola pemakanan harian, ianya dapat dielakkan sehingga ke hari ini.

5 tips pemakanan untuk mengelakkan jangkitan (apa yang saya amalkan):

  • Air manis, tukar kepada jus buah-buahan (gunakan pemanis stevia).
  • Elakkan makanan tinggi kandungan garam dan gula, fast food, junk food dan adik beradiknya. Amalkan yogurt setiap hari ( dicampur dengan keratan buah-buahan).
  • Wajibkan diri meminum 8 gelas air masak setiap hari.
  • Amalkan suplemen yang bersesuaian.
 Antara suplemen yang saya amalkan :



Kenapa Shaklee ya? Tak ada produk lain ke? Hehe... Ni sebabnya...



Selain testimoni saya sendiri...kita tengok apa kata mereka yang dah mengamalkan suplemen (for sure dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul dan produk yang tepat ya)..




Alhamdulillah saya dan mereka dah rasa kesannya. Anda bila lagi?

Cegah dan rawat masalah keputihan akibat jangkitan kuman ini sebelum terlambat!. Sesiapa yang ingin saya bantu untuk masalah ini boleh hubungi saya segera ya. Bantu badan kita cukupkan nutrien yang diperlukan semua sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

Semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.
Learn more »

Endometriosis Salah Satu Punca Ketidaksuburan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

Banyak sungguh masalah kewanitaan kan?.

Pasti ada yang pernah terdetik dihatinya, " Orang lain mudah je Allah bagi rezeki anak, kenapa aku diuji sebegini rupa? ". Banyak betul masalah. Itu lah .Ini lah.Allahu Akbar walillahilhamdu!. Allah Maha Berkuasa.Allah Maha Mengetahui. Yakinlah kepadaNya, setelah kesusahan pasti ada kesenangan. Ujian yang diberikan adalah untuk memastikan kita sentiasa dekat denganNya. Pasti dan pasti akan ada jalan penyelesaiannya dan juga hikmahnya.

Kami ada seorang kawan, isteri kepada kawan suami yang mengidap endometriosis. Setiap kali haid pasti terlantar di rumah mahupun di hospital. Pernah beberapa kali melakukan pembedahan dan sehingga sekarang tidak mempunyai zuriat sendiri. Allah mengujinya kerana dia mampu.

Alhamdulillah, sekarang dia ada mengambil anak angkat. Rezeki daripada Allah jua untuknya. Saya kagum dengan ketabahannya menghadapi ujian. Mari kita lihat apakah endometriosis ini? Saya bukan pakar di bidang ini. Apa yang dikongsi ini adalah hasil pembacaan dan hasil beberapa episod ulang alik bertemu doktor di hospital untuk rawatan kesuburan.

 1. Apakah penyakit endometriosis? 

Endometriosis adalah salah satu penyakit lazim yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di kalangan wanita. Ia disebabkan oleh ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim seperti di kilang telur, dinding pelvis, saluran peranakan, usus, faraj dan pundi kencing.




Selaput endometrium yang ektopic ini juga akan menebal dan berdarah semasa kitaran haid, akan tetapi ia tidak dapat mengalir keluar dari tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut (‘adhesion’ atau ‘scar tissue’). Apabila ini terjadi, kilang telur boleh terlibat dan membengkak dan darah kotor berkumpul di dalamnya (‘endometrioma’), manakala saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat.

 2. Apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi? 

Para doktor masih tidak tahu apakah yang menyebabkan endometriosis terjadi di kalangan setengah-setengah wanita. Terdapat beberapa teori yang telah dicadangkan seperti ‘haid retrograd’ di mana mengikut teori ini, sebahagian darah haid yang sepatutnya mengalir keluar melalui pangkal rahim, faraj dan seterusnya keluar tubuh mengalir menyongsang i.e ‘retrograd’ masuk ke atas dan dalam saluran peranakan serta pelvis. Sel-sel endometrium yang terkandung dalam darah haid tersebut akan melekat kepada saluran peranakan, kilang telur dan pelvis.

 3. Apakah tanda-tanda penyakit endometriosis?

  •  Sengugut
  •  Sakit semasa melakukan hubungan intim bersama pasangan 
  •  Kemandulan 
  • Sengugut sebelum datang haid 
  •  Turun darah haid yang banyak atau tidak menentu 
  • Sakit perut yang kronik (‘chronic pelvic pain’) 
Endometriosis adalah satu penyakit yang ‘enigma’. Ini ialah kerana simptom-simptom penyakit endometriosis adakala tidak setimpal dengan tahap endometriosis yang dihadapi. Ada setengah-tengah pesakit yang mengalami simptom endometriosis yang teruk, tetapi apabila pembedahan dilakukan tahap penyakit endometriosis yang dinampak oleh doktor adalah sedikit berbanding dengan simptom yang dialami.

4. Bagaimanakah penyakit endometriosis diklasifikasikan?

 Endometriosis boleh diklasifikasikan kepada 4 tahap:

  • Stage 1 minimal (minimal) 
  • Stage 2 sedikit (mild)
  • Stage 3 sederhana (moderate) 
  • Stage 4 teruk (severe) 

 5. Bagaimanakah endometriosis didiagnosiskan?

Doktor boleh mengesyaki yang seseorang wanita itu mungkin menghidapi penyakit endometriosis daripada simptom-simptomnya. Akan tetapi setengah-tengah pesakit tidak mempunyai simptom langsung hanya mungkin susah mengandung.

Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan ‘diagnostic laparoscopy’ di mana doktor akan memasukkan kamera melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ-organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan.

 6. Apakah rawatan untuk pesakit yang menghidapi endometriosis? 

Ini terpulang kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung. Rawatan boleh dibahagikan kepada conservatif, ubatan hormon ataupun pembedahan.

  • Konservatif: Kaedah ini bersesuaian untuk pesakit yang menghidapi hanya ‘mild’ endometriosis dan simptom yang sedikit. 

  • Ubatan hormon: Lapisan endometrium yang ektopik boleh dikawal dengan menyekat tahap hormone estrogen dan progesterone di dalam tubuh pesakit. Hormon seperti pil perancang, progesterone dan Gonadotrophin-Releasing hormone (GnRH analog) dapat diberikan sebagai rawatan endometriosis. Contoh nama ubatan yang dikategorikan sebagai GnRH analog ialah Lucrin dan Zoladex. Hormon ini kerap diberikan selama beberapa bulan oleh doktor selepas pembedahan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dikurangkan.

  • Pembedahan: Ini adalah rawatan yang diberikan sekiranya pesakit mempunyai cyst di ovary yang besar, kemandulan atau simptom endometriosis yang teruk. 
 sumber artikel tentang endometriosis : Dr Natasha (drnatashanorfertility.com) 

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, usahlah bertangguh untuk mendapatkan rawatan. Jumpalah pakar untuk rawatan selanjutnya.

Selain itu, ada beberapa perkara yang sangat-sangat perlu diambil berat oleh pasangan yang inginkan cahaya mata adalah aspek pemakanan.

Suplemen tambahan juga sangat penting untuk melengkapi lompong-lompong diet kita yang kurang nutrien yang sepatutnya badan perlukan.

5 perkara ini memainkan peranan penting dalam sebarang rawatan kesuburan :
  • Jumpa pakar bukan bomoh, jalani rawatan sepatutnya.
  • Ambil suplemen yang sesuai dari bahan organik.
  • Diet seimbang dan ubah gaya pemakanan kita (jika gaya pemakanan sebelum ini tidak sihat).
  • Ubah gaya hidup seharian (perlu ada masa untuk senaman atau disiplin riadah harian).
  • Elakkan stres.

Antara makanan tambahan yang dicadangkan untuk mereka yang mengalami endometriosis (dan tidak mengalaminya) untuk membantu mencukupkan nutrien bagi memastikan seluruh sistem badan termasuk sistem reproduktif berfungsi dengan baik adalah :



Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya sendiri mengamalkan suplemen-suplemen ini.Terus berikhtiar untuk sihat hingga akhirnya. Amin.

Bagi yang ingin hamil dan berikhtiar meningkatkan kesihatan dan kesuburan serta membantu memulihkan masalah yang dialami boleh hubungi saya segera. Saya akan membantu selagi terdaya.



Suplemen bukan ubat, namun ianya mampu mengubati dan bermanfaat untuk menambahbaik kesihatan secara semulajadi.




Moga bermanfaat. Wallahu a'lam.
Learn more »

Bagaimanakah Diagnosis PCOS dibuat?


Doktor biasanya akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’ 

Apakah itu ‘polycystic ovary’?

Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘string of pearls’. Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit PCOS.



Untuk mengetahui samada kita mengalami PCOS atau tidak, adalah lebih baik untuk kita berjumpa pakar.

Walaubagaimanapun, secara umumnya berikut adalah rawatan-rawatan atau saranan yang akan dicadangkan untuk pengidap PCOS terutamanya yang ingin menimang cahaya mata.


  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

  • Pil perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid agar teratur

  • Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

  • Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

Inilah biasanya akan berlaku di dalam ovari pengidap PCOS...


Hasil TVS untuk ovari pengidap PCOS (gambar bawah)

Antara rawatannya...



Sumber : Blog Dr Natasya Nor
Learn more »

Kenali Apakah Polycystic Ovarian Syndrome Dan Simptom-Simptomnya


Entri kali ini tentang PCOS. Ramai sebenarnya di kalangan wanita di Malaysia mengalami PCOS. Ada yang tahu dan mendapatkan rawatan, namun ada juga yang tidak mendapatkan rawatan sewajarnya. Malah ada juga yang tidak tahu mereka menghidapi PCOS. Secara umum tentang PCOS PCOS adalah Sindrom Ovari Polikistik, juga dikenali sebagai Sindrom Stein-Leventhal, atau nama orang putihnya adalah Polycystic Ovary Syndrome.

Ianya merupakan salah satu daripada gangguan hormon yang biasa di kalangan wanita. Membimbangkan.PCOS telah dikenali sebagai "Pembunuh Senyap".

Diagnosis awal PCOS adalah penting kerana ia telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kesihatan yang lain seperti pertahanan insulin (insulin resistance), diabetes Type 2, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.

Terdapat banyak tanda dan gejala menunjukkan wanita mengalami PCOS. Jadi, PCOS tidak boleh didiagnosis dengan satu ujian sahaja dan gejalanya berbeza antara wanita dengan wanita yang lain.Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia juga berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. 5-10% wanita dalam usia melahirkan anak mengalami PCOS, dan lebih kurang 50% daripada wanita yang mengalami PCOS tidak mengetahui mereka mengalami PCOS.

PCOS juga bertanggungjawab ke atas 70% daripada isu-isu kemandulan di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan.Wanita menopaus juga boleh menderita akibat PCOS. Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 40% daripada pesakit kencing manis dan intoleransi glukosa atau intoleransi glukosa atau kedua-duanya yang berumur di antara 20-50 adalah mereka yang mempunyai PCOS.

Apakah itu PCOS ?

  • Masalah kesihatan wanita yang memberi kesan ke atas:
  • Kitaran Haid  (Oligomenorea  atau Amenorrhea)
  • Kesuburan wanita
  • Hormon 
  • Jantung 
  • Salur darah 
  • Rupa atau penampilan diri.

Dengan adanya PCOS, wanita kebiasaannya :

  • Mempunyai lebih banyak hormon endrogen ( lebih dikenali sebagai hormon lelaki). 
  • Tiada atau haid tidak menentu.
  • Banyak sista kecil (cyst) iaitu kantung berisi cecair di dalam ovari mereka.


Ramaikah yang mengidap PCOS?

Antara 1 daripada 10 dan 1 daripada 20 wanita dalam umur subur dan melahirkan mengalami PCOS. Di US, 5 juta wanita mengalami PCOS. Di Malaysia ?


Ianya boleh berlaku seawal gadis berumur 11 hingga 13 tahun ( sejak mengalami haid yang pertama). Penyebab PCOS Punca PCOS tidak diketahui secara jelas. Kebanyakan pakar mengatakan ianya berpunca daripada banyak faktor termasuklah faktor genetik. Seorang ibu yang mengalami PCOS, kebarangkalian anaknya juga boleh mengalami masalah yang sama.

Masalah yang paling utama berkaitan dengan PCOS ini adalah ketidakseimbangan hormon. Wanita yang mengalami PCOS,ovarinya menghasilkan lebih banyak endrogen melebihi paras normal. Endrogen merupakan hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh tubuh wanita. Paras hormon yang tinggi ini memberi kesan kepada perkembangan telur dan pengeluarannya semasa ovulasi.

Kajian mendapati insulin juga dikaitkan dengan PCOS.Insulin adalah hormon yang mengawal atur gula,kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang digunakan oleh badan atau disimpan.Ramai wanita PCOS mempunyai kandungan insulin yang tinggi kerana bermasalah untuk menggunakannya.Jadi, ia menjadi penyebab kepada peningkatan hormon endrogen.Peningkatan endrogen ini akan menyebabkan:
  • Jerawat yang kronik
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan ( contohnya di bahagian kaki,lengan dsb).
  • Pertambahan berat badan
  • Masalah ovulasi (masalah haid)

Simptom-simptom PCOS Simptom PCOS adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

Antaranya ialah:
  • Kemandulan (disebabkan tidak berlakunya ovulasi)
  • Haid tidak teratur atau tiada haid
  • Hirsutism (pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari, atau jari kaki) 
  • Sista pada ovari
  • Jerawat,kulit berminyak atau kelemumur
  • Penambahan berat badan (biasanya berat badan berlebihan di pinggang)
  • Kebotakan rambut seperti lelaki
  • Tompokan tebal coklat gelap atau hitam pada kulit (leher,lengan,dada atau paha)
  • Kutil pada kulit (skin tags)
    Skin tags
  • Sakit di bahagian pelvis
  • Kebimbangan dan kemurungan
  • Sleep Apnea ( Behenti bernafas dalam jangka masa yang pendek semasa tidur)


Ini hanyalah simptom. Jika ada, dan banyak simptom yang ada,adalah lebih baik untuk berjumpa pakar untuk diagnosis lanjut. Sebagai peringatan, sikap tidak ambil peduli tentang perubahan diri mungkin memberi kesan yang buruk. Perlu diingatkan bahawa gejala ini boleh berlaku bermula seawal kali pertama haid (kebiasaannya umur 11 -13 tahun) dan juga boleh berlaku setelah kelahiran anak pertama atau bila-bila sahaja dalam keadaan tertentu.

Mengapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka dan kesuburan?

Secara ringkasnya, ovari (kilang telur yang menghasilkan telur atau ovum), mempunyai kantung yang berisi cecair yang dipanggil folikel atau sista.Semasa telur berkembang, folikel akan membina cecair dan apabila telur matang,folikel akan pecah dan telur akan dilepaskan. Telur tadi akan bergerak melalui tiub fallopio ke rahim untuk persenyawaan. Ianya dipanggil ovulasi.

Apa yang terjadi kepada wanita yang mengalami PCOS,ovarinya tidak menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mematangkan telur sepenuhnya. Folikel juga boleh berkembang dan membina cecair, tetapi ovulasi tidak berlaku.Sebaliknya, folikel akan tinggal sebagai sista.

Atas sebab-sebab ini, ovulasi tidak akan berlaku dan hormon progesteron tidak dirembeskan. Tanpa progesteron, kitaran haid tidak akan teratur atau tiada haid. Ditambah pula, ovari menghasilkan hormon endrogen yang berlebihan yang menghalang ovulasi.

Adakah PCOS akan berakhir setelah monopouse? 

Ya dan tidak. PCOS memberi kesan yang banyak kepada sistem badan. Simptom itu tetap kekal walaupun fungsi ovari dan paras hormon berubah apabila monopous.Sebagai contoh, pertumbuhan rambut berlebihan yang berterusan, kebotakan atau penipisan rambut seperti lelaki menjadi lebih teruk selepas monopous. Selain itu, risiko masalah kesihatan daripada PCOS seperti diabetes,serangan jantung dan strok akan meningkat seiring dengan umur wanita. 

Kesimpulannya, sekiranya terdapat simptom-simptom seperti di atas, jalan terbaik adalah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut jika anda benar-benar menghidap PCOS.
Learn more »