Kenali Apakah Polycystic Ovarian Syndrome Dan Simptom-Simptomnya
Entri kali ini tentang PCOS. Ramai sebenarnya di kalangan wanita di Malaysia mengalami PCOS. Ada yang tahu dan mendapatkan rawatan, namun ada juga yang tidak mendapatkan rawatan sewajarnya. Malah ada juga yang tidak tahu mereka menghidapi PCOS.
Secara umum tentang PCOS
PCOS adalah Sindrom Ovari Polikistik, juga dikenali sebagai Sindrom Stein-Leventhal, atau nama orang putihnya adalah Polycystic Ovary Syndrome.
Ianya merupakan salah satu daripada gangguan hormon yang biasa di kalangan wanita.
Membimbangkan.PCOS telah dikenali sebagai "Pembunuh Senyap".
Diagnosis awal PCOS adalah penting kerana ia telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kesihatan yang lain seperti pertahanan insulin (insulin resistance), diabetes Type 2, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
Terdapat banyak tanda dan gejala menunjukkan wanita mengalami PCOS. Jadi, PCOS tidak boleh didiagnosis dengan satu ujian sahaja dan gejalanya berbeza antara wanita dengan wanita yang lain.Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia juga berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. 5-10% wanita dalam usia melahirkan anak mengalami PCOS, dan lebih kurang 50% daripada wanita yang mengalami PCOS tidak mengetahui mereka mengalami PCOS.
Terdapat banyak tanda dan gejala menunjukkan wanita mengalami PCOS. Jadi, PCOS tidak boleh didiagnosis dengan satu ujian sahaja dan gejalanya berbeza antara wanita dengan wanita yang lain.Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia juga berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. 5-10% wanita dalam usia melahirkan anak mengalami PCOS, dan lebih kurang 50% daripada wanita yang mengalami PCOS tidak mengetahui mereka mengalami PCOS.
PCOS juga bertanggungjawab ke atas 70% daripada isu-isu kemandulan di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan.Wanita menopaus juga boleh menderita akibat PCOS. Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 40% daripada pesakit kencing manis dan intoleransi glukosa atau intoleransi glukosa atau kedua-duanya yang berumur di antara 20-50 adalah mereka yang mempunyai PCOS.
Apakah itu PCOS ?
- Masalah kesihatan wanita yang memberi kesan ke atas:
- Kitaran Haid (Oligomenorea atau Amenorrhea)
- Kesuburan wanita
- Hormon
- Jantung
- Salur darah
- Rupa atau penampilan diri.
Dengan adanya PCOS, wanita kebiasaannya :
- Mempunyai lebih banyak hormon endrogen ( lebih dikenali sebagai hormon lelaki).
- Tiada atau haid tidak menentu.
- Banyak sista kecil (cyst) iaitu kantung berisi cecair di dalam ovari mereka.
Ramaikah yang mengidap PCOS?
Antara 1 daripada 10 dan 1 daripada 20 wanita dalam umur subur dan melahirkan mengalami PCOS. Di US, 5 juta wanita mengalami PCOS. Di Malaysia ?
Ianya boleh berlaku seawal gadis berumur 11 hingga 13 tahun ( sejak mengalami haid yang pertama). Penyebab PCOS Punca PCOS tidak diketahui secara jelas. Kebanyakan pakar mengatakan ianya berpunca daripada banyak faktor termasuklah faktor genetik. Seorang ibu yang mengalami PCOS, kebarangkalian anaknya juga boleh mengalami masalah yang sama.
Masalah yang paling utama berkaitan dengan PCOS ini adalah ketidakseimbangan hormon. Wanita yang mengalami PCOS,ovarinya menghasilkan lebih banyak endrogen melebihi paras normal. Endrogen merupakan hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh tubuh wanita. Paras hormon yang tinggi ini memberi kesan kepada perkembangan telur dan pengeluarannya semasa ovulasi.
Kajian mendapati insulin juga dikaitkan dengan PCOS.Insulin adalah hormon yang mengawal atur gula,kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang digunakan oleh badan atau disimpan.Ramai wanita PCOS mempunyai kandungan insulin yang tinggi kerana bermasalah untuk menggunakannya.Jadi, ia menjadi penyebab kepada peningkatan hormon endrogen.Peningkatan endrogen ini akan menyebabkan:
- Jerawat yang kronik
- Pertumbuhan rambut yang berlebihan ( contohnya di bahagian kaki,lengan dsb).
- Pertambahan berat badan
- Masalah ovulasi (masalah haid)
Simptom-simptom PCOS Simptom PCOS adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.
Antaranya ialah:
- Kemandulan (disebabkan tidak berlakunya ovulasi)
- Haid tidak teratur atau tiada haid
- Hirsutism (pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari, atau jari kaki)
- Sista pada ovari
- Jerawat,kulit berminyak atau kelemumur
- Penambahan berat badan (biasanya berat badan berlebihan di pinggang)
- Kebotakan rambut seperti lelaki
- Tompokan tebal coklat gelap atau hitam pada kulit (leher,lengan,dada atau paha)
- Kutil pada kulit (skin tags)
Skin tags
- Sakit di bahagian pelvis
- Kebimbangan dan kemurungan
- Sleep Apnea ( Behenti bernafas dalam jangka masa yang pendek semasa tidur)
Ini hanyalah simptom. Jika ada, dan banyak simptom yang ada,adalah lebih baik untuk berjumpa pakar untuk diagnosis lanjut.
Sebagai peringatan, sikap tidak ambil peduli tentang perubahan diri mungkin memberi kesan yang buruk. Perlu diingatkan bahawa gejala ini boleh berlaku bermula seawal kali pertama haid
(kebiasaannya umur 11 -13 tahun) dan juga boleh berlaku setelah kelahiran anak pertama atau bila-bila sahaja dalam keadaan tertentu.
Mengapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka dan kesuburan?
Secara ringkasnya, ovari (kilang telur yang menghasilkan telur atau ovum), mempunyai kantung yang berisi cecair yang dipanggil folikel atau sista.Semasa telur berkembang, folikel akan membina cecair dan apabila telur matang,folikel akan pecah dan telur akan dilepaskan. Telur tadi akan bergerak melalui tiub fallopio ke rahim untuk persenyawaan. Ianya dipanggil ovulasi.
Apa yang terjadi kepada wanita yang mengalami PCOS,ovarinya tidak menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mematangkan telur sepenuhnya. Folikel juga boleh berkembang dan membina cecair, tetapi ovulasi tidak berlaku.Sebaliknya, folikel akan tinggal sebagai sista.
Atas sebab-sebab ini, ovulasi tidak akan berlaku dan hormon progesteron tidak dirembeskan. Tanpa progesteron, kitaran haid tidak akan teratur atau tiada haid. Ditambah pula, ovari menghasilkan hormon endrogen yang berlebihan yang menghalang ovulasi.
Adakah PCOS akan berakhir setelah monopouse?
Ya dan tidak. PCOS memberi kesan yang banyak kepada sistem badan. Simptom itu tetap kekal walaupun fungsi ovari dan paras hormon berubah apabila monopous.Sebagai contoh, pertumbuhan rambut berlebihan yang berterusan, kebotakan atau penipisan rambut seperti lelaki menjadi lebih teruk selepas monopous.
Selain itu, risiko masalah kesihatan daripada PCOS seperti diabetes,serangan jantung dan strok akan meningkat seiring dengan umur wanita.
Kesimpulannya, sekiranya terdapat simptom-simptom seperti di atas, jalan terbaik adalah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut jika anda benar-benar menghidap PCOS.
0 comments: