Bagaimanakah Diagnosis PCOS dibuat?
Doktor biasanya akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
- Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’
Apakah itu ‘polycystic ovary’?
Ini adalah apabila scan pelvis menunjukkan kilang ovari mempunyai cyst
kecil-kecil selalunya sebanyak 12 atau lebih. Setiap satu cyst itu
bersaiz anggaran 2-8mm di bahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil
‘string of pearls’. Cyst kecil ini TIDAK akan membesar hingga boleh
menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Sebanyak 20% kalangan wanita
yang normal apabila diimbas pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’. Hanya
sebanyak 6-7% wanita yang ada ‘polycystic ovary’ menghidapi penyakit
PCOS.
Untuk mengetahui samada kita mengalami PCOS atau tidak, adalah lebih baik untuk kita berjumpa pakar.
Walaubagaimanapun, secara umumnya berikut adalah rawatan-rawatan atau saranan yang akan dicadangkan untuk pengidap PCOS terutamanya yang ingin menimang cahaya mata.
- Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.
- Pil perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid agar teratur
- Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.
- Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.
- Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.
Inilah biasanya akan berlaku di dalam ovari pengidap PCOS... |
Hasil TVS untuk ovari pengidap PCOS (gambar bawah) |
Antara rawatannya... |
Sumber : Blog Dr Natasya Nor
Mysuru Casino - The HERZAMMAN
ReplyDeleteMysuru Casino - The Home dental implants of the Best of the Slots! Visit us to Play the best slots and enjoy the 바카라 best table games in 출장안마 our casino. Visit us https://septcasino.com/review/merit-casino/